Ingat nk buat wordless wednesday hari nih tapi takde gmbar Amani yg baru kat desktop plak. adehh... so, sy nk cerita la pasal sy EL semalam.. (selasa, 5 Julai).
Sebabnya.....
Amani nangis tak henti2 dari kul 10 pm - 4 am.
Ntah kenapa, 2 mlm yg lepas Amani susah sgt nk tido. Biasanya dia lepas mandi lps Maghrib dia akan bangun around 9pm and tido balik around 11pm. tapi malam selasa lepas tak tido2 sampai dekat kul 12 malam. I can see from her eyes yg dia ngntuk, mata pun pejam tp tapi dia mengamuk2 taknak tido. penat me & my husband dodoi + pujuk + main dengan dia bagi dia penat supaya senang nk tido... my husband sampai kata:
"Amani taknak tido takpe, jangan risau, papa jaga Amani k.."
last2 kami pun takleh tido sama melayan Amani yang merengek2 taknak tido... penat punya pasal dukung Amani ke hulu hilir, me & my husband turun ke bawah (living room) dekat kul 3.30am, & lepas tu bukak tv sambil dodoi Amani..
gmbar Amani last weekend kat KB Mall with papa Pastu agaknya sebab Amani dah penat menangis, dekat pukul 4am tu dia tertido.... tp around kul 5.30am dah bangun balik. Itu pun Amani tertido atas riba sy. Saya tido bersandar coz kalau baring Amani akan nangis. Siap Amani pegang kemas2 lagi leher baju sy. Lepas Subuh tu Amani pun tido kejap... nmpk macam ok la skit tak merengek2.. Kami pun risau la coz takut Amani sakit ke apa.. last2 me & my husband amek cuti smlm coz nk bawak Amani g klinik n jumpa ustaz sekali.
Pusat Rawatan Darussyifa, Bangi Then, we went to
Darusshifa, Bangi. Actually, sy taktau pun ini tempat Ustaz Haron Din. Tgk2 dalam internet rupaya dekat je pusat rawatan ni!!Apa lagi, lepas g jumpa doktor n doktor confirmkan Amani xsakit/kembung dsb, sebagai langkah berjaga-jaga me & my husband bawak Amani ke Darusshifa ni...
MasyaAllah, ramai jugak le orang.. tp ok gak tempat dia. Dia macam rumah 2 tingkat yg diubahsuai untuk dijadikan tempat rawatan. Alhamdulillah, kejap je after register, kami dah dapat jumpa ustaz yang baca2 ayat Quran kat ubun2 Amani... pastu ada air Yassin untuk direnjis2 sekitar rumah + air bacaan Quran untuk Amani mandi...
air mineral yang didoakan (Air bacaan Yassin) Semalam Dato' Ustaz Haron Din mmg ada kat sana untuk merawat pesakit2 lain.. macam2 sakit yg dia bleh rawat ie: jantung, asma, buasir dll.. so, sapa2 yg sakit apa2 leh la dtang jumpa dia k!!tapi kalau sakit skit2 je jumpa ustaz2 lain pun bleh.. sebab kalau nk jumpa Ustaz Haron Din sendiri kene beratur panjang la ckit..
Alhamdulillah, semalam, Amani tido dengan lenanya!kul 9.30pm dah tido... sampai le kul 8 pagi time saya nk g keje baru dia bangun..=). Syukur Allhamdulillah...=)
yay, saya dah bleh tido lena dah! Yang pasti, macam2 yg bleh buat baby nangis secara tiba2, some said that baby rasa takut, tak selesa, etc.Berikut antara yg utama penyebab bayi menangis:
1. Lapar/ Dahaga
2. Tidak selesa (lampin basah dsb)
3. Kesejukan / Kepanasan
4. Rasa kesepian
5. Sakit
6. dsb...
From my readings jugak, kadang2 bayi menangis sebab gangguan (nampak benda2 lain) sebab itu ketika bayi baru lahir dia diazankan di telinga kanan & diqamatkan di telinga kiranya.. supaya yg pertama didengar oleh bayi adalah kalimah Allah...
Saya jugak baca surah Kursi, Alfatihah & surah An-Nas, Al-Falaq (3 qul) sebanyak 3 kali dan hembus pada ubun2 Amani... this is what I do every night before Amani tido dan sy juga amalkan doa nabi Yunus.
Nway, saya pun taktau penyebab sebenar Amani nangis takleh tido 2 malam yg lepas.apa2 pun yang penting kita kene sllu berikhtiar + berdoa kepada Allah agar kita terlindung dr segala bahaya yang kita tak nampak..Amin..
p/s: My husband kata Amani nangis2 sebab rindu kat Tok Ma dia nih... sebabnya 3 minggu dah duk kat Kelantan tido dengan Tok Ma dia.. hehe. ♥Love,♥Cindellyna