Cindellyna
Thursday, September 13, 2012
Sharing is caring..=)
Cindellyna
Posted by Princess Cindellyna 3 fairy's love and kisses
Labels: Baby stuffs, My baby girl =), Wordless
Wednesday, September 12, 2012
Pesanan Ustaz Don
Hatta kalau semua orang di dunia ni minum sampai kekenyangan pun nescaya takkan habis air di lautan Allah. Begitulah jua akan rezeki. Bersyukurlah nescaya Dia akan tambah nikmat-Nya pada kita semua .."
Posted by Princess Cindellyna 2 fairy's love and kisses
Labels: Ramblings
Tuesday, September 11, 2012
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
Assalamualaikum semua (^_^)..
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Cindellyna
Posted by Princess Cindellyna 4 fairy's love and kisses
Labels: My baby girl =), Ramblings
Wednesday, September 5, 2012
WW: Merajuk....
Cindellyna
Posted by Princess Cindellyna 3 fairy's love and kisses
Tuesday, September 4, 2012
Setelah sekian lama...
Assalamualaikum sume (^_^)
Harap semua sihat sejahtera... and saya juga mau wish "Selamat Hari Raya", maaf zahir & batin kepada semua .. hopefully tak terlambat lagi nk wish.. hehe
Maaf juga sebab lama tak update blog. sejak miscarry hari tu sy mmg takde mood langsung nk update blog. FB ada juga update skit2..=). Lama betul rasanya tak update... dalam berbulan2 gak rasanya.. huhu
Takde pe pun nk share kat sni kali ni cuma nk inform sy dah confirm pergi kursus selama 28 minggu (6 bulan) starting from 1 Oct 2012 - 12 April 2013... A compulsory kursus for gov officer like me if nk sah dalam jawatan =)
Sedih bila kene tinggalkan my baby girl Amani yang tengah lasak n manja ni... huhu. lagi sedih bila tempat kursus tu jauh dr rumah... weekend belum tentu boleh balik ke tak. kene ikut modul.. aduhai... tapi fikir2 balik, kali ni je kursus tu... pasni takde lagi dah...
Hopefully after habis kursus bleh kurus! sebab sure kene dera tiap2 hari! haaha. n after habis kursus nanti InsyaAllah akan berusaha untuk mendapatkan adik untuk Amani.. doakan kami ye!=)
Itu je update untuk kali ni.. doakan kami ye. till then!!!
Cindellyna
Posted by Princess Cindellyna 6 fairy's love and kisses