CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ TO MY BELOVED VISITORS..PLEASE CLICK YE! THANKS A MILLION BUNCH =) ♥

♥ My Beloved Followers ♥

♥ Our Anniversary!! =) ♥

♥ Our Anniversary!! =) ♥

Wednesday, November 23, 2011

Happy 9 months old my little princess!=)

Hai.... tgk..saya dah ada byk gigi!!!..=)

Assalamualaikum sume!(^_^).

Alhamdulillah...... Amani dah 9 months old Friday lepas!!!! (18 November 2011)! Cepat betul masa berlalu kan.. dah 3/4 tahun dah umur Amani. huhu.

Setakat nih perkembangan Amani @ 9 months:

1) Suka & dah bleh berdiri! (tp kene pegang tgn.. hihi)
2) Dah bleh panggil mama!~~~
3) Dah pandai "kiss" pipi kalau suh kiss pipi mama & papa... =)
4) Tgh ajar salam tangan.. =)
5) Suka bercakap2 + membebel cam biasa
6) Gigi dah ada 5!!!!3 atas, 2 bawah
7) Makin berat of course!huhu
8) Merangkak makin laju!

Alhamdulillah...... stakat nih bbsitter kata Amani budak yg paling cepat belajar kat situ.. sebab dia kecik lagi 9 months dah pandai express apa yg dia nak. huhu. Kalau ikut papa dia akan kata

" Anak papa... so bijak macam papa lah!!=p"

Tapi since saya sorang je yg ada kat rumah ptg2 after keje.. (papa Amani sampai lewat) so, mmg agak susah nk masak since Amani dia tak bleh tinggal sorg2. Kalau dia perasan mama dia takde kat keliling dia, dia akan nangis. aduh... sebab tu kadang2 kene bawak Amani dengan walker dia bg main dekat kita supaya tak nangis. huhu. So, skrg petang2 balik masak simple2 je.. susah nk masak complicated2=p

Amani with her new chair.=)

Stakat nih Amani mmg tak pernah demam.... minggu ni je macam ada batuk2 skit. anyone knows how tu cure batuk without ubat??? kesian jugak tgk 2-3 hari nih Amani cam batuk2.. skrg gak dah start cuti skolah kan.. so, my mom kat Kelantan dah cuti! dia kata tak sabar nk datang Putrajaya tgk Amani!!!tp kne tunggu my youngest brother habis SPM dlu..... 15 december baru habis SPM... baru lah tok ma datang tgk Amani nanti..

Amani pinjam tudung Tok Ma.=)

Pasal my bisness plak? Alhamdulillah skt nih sambutan agak menggalakkan... (sbb introduce kat kawan2 dekat dlu) hihi. Tapi stok kne import lagi dri US.. tak banyak dah tinggal. Lagi 1 minggu nih ada Black Friday sale!yay!(^_^). Sale yg paling ditunggu2 masa kat US dlu!!! sume barang murah!!! dlu kitaorg snggup beratur pukul 3 pagi (store open at 6 am) semata-mata nk beli gadget2 yg murah2!=p.

Owh how I miss that moments...
InsyaAllah bila ada peluang lagi blehlah i g sana... =)

My little angel.=)

Weekend nih banyak agenda nk kene buat! nak g wedding kawan2 & the most important is nak tgk TWILIGHT!!!!!!!JOM SUME KITA LAYAN TWILIGHT this weekend!!=)

p/s: Anyone interested in my first giveaway? Coming soon!~~~cheewah. hihi =p

ops lupa: sila like jugak Facebook From US with love ye!=)

♥Love,♥
Cindellyna

Thursday, November 17, 2011

Wordless Thursday: My little princess @ 8 months~=)

Mama tgk...! Amani nk pnjat nih boleh? (sambil tersenyum pandang camera) hehe.

♥Love,♥
Cindellyna

Tuesday, November 15, 2011

Happy 26th bday to me!!!=) ♥

My 26th b-day with beloved husband & my little princess!!..=)

Assalamualaikum sume!(^_^).

Alhamdulillah...... saya dah berusia 26 tahun 2 hari pada hari ini..!My b-day was on 13 November (Ahad lepas) hihi. Syukur kepada Allah for giving me everthg that I have since I was born 26 years ago...

Alhamdulillah juga at 26 years old, I already married to my beloved husband and now I have my little happy family with me.. =) + our life was getting merrier & hectic of course by the arrival of my little princess, Amani Sofea on last February. hehe

my husband bought me this!it's yummylicious!=)

At 26 too, I have a permanent job, a car and a house. Syukur again.. thank you Allah for giving me all the prosperity and health to take care of my beloved family. I really hoped that I will be healthy to take care of my beloved family & friends forever.Doakan saya ye..=)

Agenda for my b-day?.. after husband surprisekan saya dengan beli cake + card, we all have a lunch together at the Manhanttan Fish Market kat Alamanda! Accompanying me are my sisters yg baru habis cuti sem + my eldest sis yg saje je datang melawat Amani kat Putrajaya nih. hehe. Lets take a look at the pictures!=)

Azam sempena umur 26 tahun- nak diet & get my shape back!=p

My eldest sister, Dr Farah Wahida. still available!=p

Sisters.

Youngest + eldest sist

Food & platters

What I ordered.

Amani pun makan apa yg boleh makan.. hehe

Amani gelak nampak gigi kat atas sebatang!that makes she has 3 cute little teeth now!=)

Anak papa + mama..=).

Yang 2 orang my sister tu belajar kat ukm dan uitm, shah alam.. so, before hantar diorang ke U masing2, kita pun lunch la same2 dlu.. hehe.
Yg sulung tu saje je datang nk tgk Amani sebab bila balik kampung untuk cuti Raya Haji baru2 nih dia kene on call.... so sempat main dengan Amani kejap je.

Then, smlm baru sy hntar my kakak nih ke aiport untuk balik Kelantan. Alhamdulillah, segala2nya sempurna for my b-day...=)

& I just want to thank my beloved husband for giving me support + for loving me all this time.. thank you also for the lovely wishes friends!=). Moga kawan2 semua pun menyambut bday masing2 dengan gembira!

p/s: Doakan semoga saya panjang umur, murah rezeki + diberkati ye kawan2..!!!=)

♥Love,♥
Cindellyna

Friday, November 11, 2011

Gembira di hari 111111 & kisah hari Raya!=)

my little princess kat playground..=)

Assalamualaikum sume!(^_^).

It's
Friday & its 11 November 2011!!!(111111). Alhamdulillah.... what a beautiful date =)

“Ketika Allah menciptakan akal, Ia berfirman kepadanya:
“Kemarilah!”

Ia pun menghadap. Ia berfirman kembali:
“Mundurlah!” Ia pun mundur.

Kemudian Ia berfirman:
“Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tidak

pernah menciptakan makhluk yang lebih Kucintai darimu, dan Aku tidak makan menyempurnakanmu kecuali bagi orang yang Kucintai. Semua perintah,
larangan, siksa dan pahala-Ku tertuju kepadamu”.
“Sesungguhnya Allah akan menghisab hamba-hamba-Nya pada hari kiamat sesuai dengan kadar akal yang telah dianugerahkan kepada mereka di dunia.”

-tazkirah Jumaat-

Dan lagi 2 hari saya akan genap berumur 26 tahun!!!!how time flies!huhu.. rasa cam baru sweet 21 gitu. =p. hehe... Amani skrg pun dah pandai merangkak dengan laju & berdiri!!!!
Amani at almost 9 months..=)
Actually hari ni saya cuti lagi, I am supposed to have only 1 day for cuti HARI RAYA AIDILADHA tapi sy extend cuti jadi seminggu!!papa Amani cuti seminggu so sy pun mintak cuti sminggu gak...weeeee~~~!best duk rehat2 kat rumah, bermanja2 dengan Amani... hehe .

Kisah raya?? Hari Sbtu saya balik ke rumah FIL tapi tak lalu ikut hihgway plus coz sgt jem! ikut laluan Tg. Malim... otw tu tiba2 my husband berhentikan kete kat 1 kedai ni. rupa2nya terjumpa kedai pau paling famous kat tg. malim tu!selalu je dengar orang bercerita ttg kedai ni tpi kali nih bru singgah..
Ini lah kedai pau tu..=)
Ramai gak orang kat kedai ni... pau dia agak sedap la.. tp since saya ada dah my fav pau iaitu pau Ahmad! (boleh didapati di RnR Tapah) so,bagi sy ok jela rasa pau kat sni.. hehe. yg kami beli adalah pau kacang merah, ayam dan kaya. Kami tak guna highway so dalam 4 jam bru smpi Bota, Perak.(supposedly dalam 3 jam dah smpai..)

Then, raya pertama (Ahad) mcam biasa g jalan2 rumah opah & rumah tok di Beruas. Since FIL tak buat korban this yer, kami just jalan2 rumah saudara-mara je. Hari Isnin plak balik Kelantan... hari Rabu plak bertolak ke Putrajaya. kami bertolak from Tanah Merah pukul 10 pagi n sampai kul 8 malam kat Putrajaya.. Amani siap bangun tido bangun tido dalam 5 kali kot dalam kete tp tak sampai2 jugak since our journey took about 10 hours.huhu.
Kat rumah Tok tgk sepupu my husband @ pakcik Amani bru umur 3 bulan.hehe
So, hari nih duk rumah je menyiapkan apa2 yg perlu, kemas rumah,& yang penting menyiapkan my new blog!!!=). InsyaAllah sempena b-day sy nanti sy akan launchkan untuk tatapan ramai.. cheeewah=p.

Nanti saya upload video Amani berdiri dengan jayanya k!ada dalam hp papa dia...& nantikan my new blog INSYAALLAH Monday ni open to public..hehe..=).

p/s: Harinih jum kuar berjalan2!hehe

♥Love,♥
Cindellyna

Monday, October 31, 2011

Lama tak update..... =)

@ Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka

Assalamualaikum sume!(^_^).

Alhamdulillah.... hari nih hari Isnin!!!rasa fresh hari nih sebab baru mula weekdays kan.. hihi. but I am sure some of you ada this so called "Monday blues!" huhu. Sy ok, saya ok je since minggu lepas hari Selasa & Rabu cuti.. pastu my mom dan my dad datang from Kelantan nk tgk Amani.. so, minggu lepas sehari je (Isnin) hantar Amani kat bbsitter. pastu hari2 lain bermanja-manja dengan mama, papa, tok ma n tok abah dia.. best la kan bermanja2!huhu. gemuk Amani duduk dengan tok ma + tok abah dia..

Last 2 weekends jugak sayabada Team Building di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. It was fun!!!totally lari from office dan berenjoy2 di sana.. hihi. I did bring my husband & Amani ke sana! saje je since I requested 1 room. Patutnya I kene share tp Alhamdulillah dapat plak bila request for 1 room since I cakap nk bwak family..hehe.

swimming pool sangat besar!ada 1 big pool, 2 pools for kids & 1 hot pool..=)

Room dia very nice la.. except my room panas ckit since aircond dia centralize.. malam2 skit baru sejuk.. huhu. Kami berangkat ke sana using my own car since nk bwak Amani kan.. our team building was handled by Irshad Consulting. Best gak le since aktiviti leisure2 je..tak stress and macam rilek2 out from the office je.. lagipun I dapat 1 group with my big bos yg sporting!syookkk sangat since dia sangatlah baik + sporting!=p

with colleagues and big bos..=)

Oklah, when we arrive on Friday night, of course mula2 ada ice breaking! mcam budak skolah pun ada.. hihi. tp yg kelakar nya bila big bosses turun untuk team building nih, we did see a lot of funny things! =p. yela... kat office cam serious je kan.. kat sni sumenya takde gap between the bosses & lower officers... best la jugak kan. title2 datuk2 tu sume diorang suruh tmpal kat dinding je... habis team building nanti baru amek balik title tu.. hehe.

We had our water rafting jugak on Saturday evening.. best!tp penat la skit walaupun takde la jauh pun kene peddle..huhu. That last night jugak we had our leisure session iaitu sesi karaoke!!

nasib baik kene nyanyi dalam group.kalau tak terkeluar suara sumbang i.=p

Amani & papa plak bersenang-lenang kat hotel... ada sekali je papa bawak Amani kuar jalan2 dekat Jusco... itu pun kesian susah nk bawak since dia tak biasa lagi bawak Amani kuar jalan sorang2.. huhu. nasib baik masa makan kat McD jusco tu, orang kat cashier tu tlong pegangkan Amani while papa dia nk bawak makanan ke meja.. baik tak orang Melaka?huhu

Then, hari Ahad tenghari baru habis... we all bertolak balik around 3 pm and sampai rumah kat Putrajaya around 4 pm..

itu je lah, just a short update. untuk kenangan diri sendiri.. huhu

p/s: Amani dah pandai berdiri skrg!Alhamdulillah.... dia tak suka sgt merangkak tp skrg suka sgt berdiri n bergantung kat papa & mama dia.. hehe

♥Love,♥
Cindellyna

Tuesday, October 18, 2011

Happy 8 months my little princess!=)

Happy 8 months old sayang!!!..=)

Assalamualaikum sume!(^_^).

Alhamdulillah.... my little princess, Amani Sofea is 8 months old today!!!

So, sebagai hadiah masuk 8 bulan nih.... papa dah belikan amani a walker!!!Sabtu lepas semangat je papa Amani pergi ushar2 la nk belikan walker untuk Amani since skrg Amani mmg sangat laju je merangkak ke celah2 sofa, tv, meja makan sume... huhu. takut gak since kadang2 Amani suka amek benda2 kecik kat celah2 perabot sume tu.. ie: kertas, tisu ke... kadang2 rambut pun dia amek masuk mulut! (x_x). anakku... anakku...

My little princess nih sangat manja dengan papa dia!!..=)

So, untuk taknak bagi Amani mencapai benda pelik2 di lantai, papa pun belikan hadiah di bawah ni untuk Amani!!!

Hadiah untuk Amani sempena 8 months..=)

Semangat Amani nk join assemble jugak..=)

So far ok gak le Amani duk dalam nih (walaupun tak reti nk gerakkan walker nih lagi =p) dia just bergerak mengundur je tpi tak ke depan... huhu. Tapi Amani tak suka sgt duk lama2 dalam nih coz dia lagi suka meniarap + merangkak..... bg dia lebih bebas kot since dia bleh pergi merata-rata tanpa halangan!huhu. Kalau lama skit mesti dia merengek2 mintak angkat dia..

Different expressions masa first time naik walker..=)

Tapi since saya balik kerja nk masak sume... better letak Amani dalam nih sekejap. terhad skit tahap capaian tangan dia... kalau nk gigit pun gigit mainan yg ada kat walker tu je... tak de la nk amek benda2 kecik kat atas lantai dah... yela.. kita nk masak kan, kene tinggal baby kejap nk ke dapur.. sy tinggal kejap pun tgk2 Amani dah pergi merata-rata... risau gak (x_x)

ada jugak orang mentioned yg walker nih tak elok for baby...and from my research kat internet pun.. tp as for me.. since Amani tak gerakkan kaki dia sangat when using this walker... and it actually prevents her from amek benda2 kat lantai.. so i've decided to buy it for her. plus, sume benda yg same height dengan dia punya walker I dah remove supaya dia tak mengambil benda2 pelik tu.. I've also talk to friends of mine pasal nk beli walker nih... so they also suggested to buy it tapi kene alert la jugak bila2 baby dah laju naik walker tu.. huhu.

InsyaAllah.. moga Amani selamat & membesar dengan sempurna ye sayang!!!=)

Muka excited!!!

I've also talked to my FIL about this.. mak mentua saya cakap:

" yeop dlu masa kecik2 tak smpt merangkak pun.. trus jalan"

Aik..???? boleh ke gitu...???? later I found out that my husband actually mak mentua dah belikan walker sebelum my husband sempat merangkak.. so bila letak dalam walker lama2 dah bleh jalan without sempat merangkak!!boleh gak gitu yek... huhu

Tapi for my baby,I prefer her to explore dlu la merangkak, berguling2 sume.. since sy nk Amani develop in a very natural way.... nih pun papa belikan sebab perlu je untuk mama yg sorg2 je kat rumah.. hehe.

Oklah, weekend nih plak sy ada Team Building di Puteri Resort, Melaka! Lama betul tak jenjalan ke negeri orang.. huhu. I really hoped that it's gonna be fun!!!=). Kami sekeluarga + semua my Department akan bertolak after Friday prayer nanti. My family pergi dengan kete since nk bawak Amani senang!huhu. orang lain sume pergi dengan bas office la kan.=p

p/s: InsyaAllah I'm going to launch my new website soon!nantikan yeaaaa!!!!=)

♥Love,♥
Cindellyna

Thursday, October 13, 2011

Kisah new babysitter....

latest Amani: reaching 8 months..=)

Assalamualaikum sume!(^_^).

It's Thursday already....

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)"

I keep on counting how time flies lately... hrm... byk lagi kerja tak settle for this year actually... & i have so many dreams this year.. huhu. tinggal lagi 2 bulan setengah before 2012 comes.. aiceyy.. gonna push myself hard to accomplish all the goals!wish me luck k!=)

Ok lah, actually semalam takleh nk buat WW entry coz saya cuti! Amani was having a mild fever so I have to apply for an EL to take care of her. manja betul semalam dengan mama dia.. smpi nk tinggal kejap pergi toilet pun merengek2.. huhu

Kisah pasal bbsitter Amani plak:

This new bbsitter kira ok lah.. she's sweet & she only has 1 kid (4 yrs old daughter). that's why dia jadi bbsitter.. currently dia jaga 7 kids (Amani is the youngest!) with her sister.. yg lain2 yg dia jaga tu sume dah 1 yr above... ok lah tu kan.. so far, I have no prob sending Amani to her. except on last Tuesday, sy kene amek Amani lmbt skit.. around 7pm.. bila je sampai nk amek Amani adik bbsitter tu kata... (since the actual bbsitter was out for dinner kot at that time)

" Kakak saya dah kuar dah.. Lain kali jgn amek lambat sngat amek Amani ek.... "

pastu ckp sambil senyum2 perli!adehhh~~~ adikk oiiii.... akak dah mention dengan kakak awak tu yg akak akan amek Amani lambat skit!!!! selalunya around 6.20 pm akan amek... kalau dah ckp lambat tu mesti la around 7 pm! apparently, she seems dissapointed kot coz tak dapat ikut kakak dia kuar that night!tp kan.. i dah mention dah lmbt... so expect it la kan!huhu. sorry ye.. dah nama bbsitter kan... this is my first time amek Amani lambat k... bukannya selalu!

Hrm.. I personally prefer babysitter yg dlu... dia okay je if saya ada kerja & terpaksa amek Amani lmbt... lagipun dekat je dengan my house!senang hntar & amek!hhuhu. anak2 dia pun suka main dengan Amani... dia pun bagus dalam penampilan.. selalu pakai tudung if nk kuar.. hehe. unluckily for me, dia dapat offer sambung belajar di jordan... in syariah law... *wow, hebat gak kan bbsitter nih!* hehe. tp takde rezeki la Amani nk membesar di bawah jagaan dia..

Anyhow, I pray that Amani dapat membesar dengan sempurna + sihat dibawah jagaan mana-mana bbsitter pun... I am sure every mother hopes for the same thing kan..=). InsyaAllah...

my little princess with her mr dolphin!=)

Skrg jugak I am preparing myself with a knowledge on how to make a delicious baby food! Nanti one day I share my recipe k!=). Hrm... how I wish I can be with Amani all the time!! tak sabar nk jumpa my little princess petang nih!

p/s: Thinking of weekend already... huhu

♥Love,♥
Cindellyna

Thursday, October 6, 2011

Wishlist for 2011....

MY 2011
Assalamualaikum beloved friends!(^_^)

Sihat ke today..? I'm fine but petang nih ada meeting.. huhu. so, today I taktau nk tulis ape now.. just a reminder to myself sebelum year 2011 berakhir lagi 3 bulan..*owh.. how fast time flies..*

My 7 wishes for 2011:

1) Getting myself a new hp!!=)
2) Family white studio + outdoor photoshoot~
3) Getting our bedroom a nice canvas photo!
4) Having a great family vacation of course!
5) To start an online business!InsyaAllah... tunggu ye kawan2.. =)
6) Decorating Amani's room
7) To be a good wife, mother, sister and friend.... InsyaAllah.

p/s: Tomorrow I'm going to send my sister, atiem at KLIA airport since she's going back to Egypt... atiem, my mom + dad akan smpai tonight and I have to pickup them kat LCCT. I'm sure when she comes back, Amani already can walk + talk!hehe. farewell dear beloved sister!we're gonna miss u soo much!

♥Love,♥
Cindellyna

Wednesday, October 5, 2011

lalala

hari ini ada prob nk buat entry bergambar.... so blogwalking je today...hehe=p

♥Love,♥

Cindellyna

Tuesday, October 4, 2011

Aktiviti Weekend: Perodua Day 2011-fun in the sun!

my beloved family with kungfu panda!

Assalamualaikum sume (^_^)!

Happy Tuesday!

Hari nih smpt nk update blog jap since keje2 urgent takde yg pending. hehe. Just want to update about our last weekend...huhu

i usually hate taking my own pic. but owhh well... gmbr ini sbgai reminder untuk menunjukkan diriku yg makin melebar...*sobs*

As always, my eldest sister came to Putrajaya. Flew all over the way from Kelantan. This time bukan untuk shopping tpi to attend her friend's wedding. After drop my sister kat Jusco Bukit Tinggi, Klang, (she promised to meet her friend there) me, my husband, Amani n my other sister went to Perodua Day 2011 dekat the Perodua HQ, Rawang.
.Amani dah penat. otw ke Perodua tertdo dengan auntie aniem dia.

Wow.... sgt lah ramai orang ok!! event ni dianjurkan oleh Perodua untuk staff2 Perodua.. siap dapat gelang n baju free lagi~~~ bak kata my husband, Perodua spend about 3million to organise this event!*wow lagi*. nampak sgt Perodua untung banyak this year!hopefully byk la my husband dapat bonus this year! huhu \(^o^)/

Actually dia mcam karnival jom heboh kot... ada games, makan2, concert at night & macam2 lagi lah! since we arrived late, almost 6pm... kami just survey2 je ape yg ada... games pun tak main.. hehe. sempat amek gambar dengan kungfu panda + amek floating ballons je!*mama Amani yg terlebih excited..nk jugak belon*huhu
food stalls!: nasi arab, ayam goreng, char kuewtiow, tempura, etc2...

Perodua makes a good decision untuk amek cartered bus since mmg ramai sgt manusia yg datang sampai kitorang parking jauh gileee!~~~ I think staff perodua sahaja dah almost 10ribu... tmbah2 byk family lagi... mmg ramai lah attend this Perodua Day!

Then,kene jalan about 15 minutes from our car baru sampai kat bus!(T_T). nasib baik papa Amani dukung Amani yg dah berat.. heeee~~~. Then, nk smpai ke tempat karnival tu kene la naik bas yg disediakan seperti di bawah.

Naik bas untuk ke dalam office Perodua

Amani's first bus experience!=)

Artis-artis yg datang ramai gak.. termasuk Sarimah Ibrahim yg jadi mc for that day, Black, Man Kidal, Angah raja lawak, Nabil dan ramai lagi lah! Actually karnival nih buat kat padang.. dekat je dengan office my husband. betul2 depan office.. huhu. Tapi office dia kunci lah kan.. kat R&D punya office.. haruslah ada benda2 secret kat situ!huhu

Amani dengan floating ballon(muka dah xlarat)

Concert malam tu actually start at 8.30pm... sebab malas nk tunggu n kesian lak Amani kecik2 dah kene dengar bunyi bising2 nih, we decided to go back home after Maghrib. tunggu bas, then sampai kat tmpt kereta.... almost 10 pm barulah sampai kat Putrajaya..

Ahad plak melepak je kat rumah, pergi pasar Bangi jap beli bahan2 mentah nk masak... n then iron baju for the next day.. itu jelah aktiviti weekend kami. hehe.

Bye all!~till next entry ye!(^_^)

p/s: this Friday my parents came from Kelantan coz nk hntar my sister, atiem ke KLIA airport!dia nk balik Egypt dah.. sob2!~

♥Love,♥
Cindellyna