CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ TO MY BELOVED VISITORS..PLEASE CLICK YE! THANKS A MILLION BUNCH =) ♥

♥ My Beloved Followers ♥

♥ Our Anniversary!! =) ♥

♥ Our Anniversary!! =) ♥

Thursday, September 13, 2012

Sharing is caring..=)


p/s: Will be leaving my little princess in 2 weeks untuk ke kursus for 6 months.. =(

♥Love,♥ 
Cindellyna

Wednesday, September 12, 2012

Pesanan Ustaz Don

 

" Rezeki ni ibarat air di lautan. Kalau kita masih risaukan rezeki orang lain lagi banyak dari kita, fikirkanlah mampu ke kita nak minum semua air di lautan?

Hatta kalau semua orang di dunia ni minum sampai kekenyangan pun nescaya takkan habis air di lautan Allah. Begitulah jua akan rezeki. Bersyukurlah nescaya Dia akan tambah nikmat-Nya pada
kita semua .." 

Source: Ustaz Don Daniyal

p/s: Alhamdulillah for everthing that we have now..

♥Love,♥ 
Cindellyna

Tuesday, September 11, 2012

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA



Assalamualaikum semua (^_^)..
Sy dapat ni from FB. Saja nk share kat sni sebab rasa sangat terharu..huhu

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.


* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”



Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”


Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”


* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”


* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”


* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’


* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.


* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”


Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


p/s: My dear little princess, Amani Sofea.... mama harap mama dah bagi segala yang terbaik hingga hari ni dan insyaAllah hingga selama-lamanya... semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa, agama dan negara... amin..

♥Love,♥ 
Cindellyna
 

Wednesday, September 5, 2012

WW: Merajuk....

p/s: My little princess yang merajuk sebab kene marah dengan papa.. Berair mata tu.. hehe

♥Love,♥ 
Cindellyna

Tuesday, September 4, 2012

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum sume (^_^)

Harap semua sihat sejahtera... and saya juga mau wish "Selamat Hari Raya", maaf zahir & batin kepada semua .. hopefully tak terlambat lagi nk wish.. hehe

Maaf juga sebab lama tak update blog. sejak miscarry hari tu sy mmg takde mood langsung nk update blog. FB ada juga update skit2..=). Lama betul rasanya tak update... dalam berbulan2 gak rasanya.. huhu

Takde pe pun nk share kat sni kali ni cuma nk inform sy dah confirm pergi kursus selama 28 minggu (6 bulan) starting from 1 Oct 2012 - 12 April 2013... A compulsory kursus for gov officer like me if nk sah dalam jawatan =)

Sedih bila kene tinggalkan my baby girl Amani yang tengah lasak n manja ni... huhu. lagi sedih bila tempat kursus tu jauh dr rumah... weekend belum tentu boleh balik ke tak. kene ikut modul.. aduhai... tapi fikir2 balik, kali ni je kursus tu... pasni takde lagi dah...

Hopefully after habis kursus bleh kurus! sebab sure kene dera tiap2 hari! haaha. n after habis kursus nanti InsyaAllah akan berusaha untuk mendapatkan adik untuk Amani.. doakan kami ye!=)

Itu je update untuk kali ni.. doakan kami ye. till then!!!

p/s: Owh, and sape2 nk Victoria's Secret Fantasies Fragrance Mist tu bleh jenguk2 FB From US with Love k!=)

♥Love,♥ 
Cindellyna

Wednesday, June 6, 2012

love you.....


My baby girl dah hampir umur 1 tahun 4 bulan.... skrg sgt manja & notti tau... geram nk cubit2 pipi tu bila datang dekat dan merengek2 dengan mama.. suka sangat datang dekat mama & papa, then kiss. Suka merajuk bila mama tak layan, Suka berjalan, tak mau dukung bila g shopping mall.... suka menjerit bila kene peluk kuat2 dengan mama. aish.. mcam2 karenah la...  tp best kan ada baby ni.. penyejuk hati & penawar segala kesedihan kita..hopefully ada rezeki lepas ni tambah baby lagi... InsyaAllah..

p/s: sorry hari ni just jotted down apa yg terlintas di fikiran je..huhu

♥Love,♥ 
Cindellyna

Wednesday, May 30, 2012

Not so wordless Wednesday! Buli anak!


Kronologi my baby girl yang suka merajuk =p

1. Mula2 buat muka kesian
2. Pastu mula pandang mama
3. Mama buat tak layan terus mula nak nangis
4. Mama tak layan terus menangis sekuat hati

hehe....

p/s: Sorry ye sayang... mama just loveeee to see your cute crying faces!=p.

♥Love,♥ 
Cindellyna

Tuesday, May 22, 2012

Happy news!=)

my little princess!!! dah setahun 3 bulan! Alhamdulillah...

Assalamualaikum sume..!(^_^)

Apa khabar? Alhamdulillah, the busy time is over! Now smpt la update blog skit2..
Just to share the good news in my blog here.. w/o any intention to brag about it ye!=p

"My darling husband dapat anugerah pekerja terbaik!"

Yay \(^0^)/  Tahniah papa!!! Moga menjadi pekerja yang lebih cemerlang di masa hadapan! Kata papa Amani, tak sangka plak bleh dapat antara beratus-ratus engineer kat R&D tu.. hihihi.

Okay, dengan itu sekian! untuk simpanan memori je entry ni..till then..=)

gambar papa Amani. cilok kat FB kawan dia....

p/s: Baru je selesai order Victoria's Secret Mist yang baru from USA.. ETA 2 weeks. tunggu update ya!=).

♥Love,♥ 
Cindellyna

Thursday, May 10, 2012

Inspirational story....!

 Assalamualaikum sume..!

Maaf sebab menyepi setelah sekian lama.. huhu. tp nanti i update pasal my story later k!

Today just nk share inspirational video about how great is mother's love.. !

http://www.godvine.com/Mother-s-Inspiring-Video-About-her-Blind-Baby-Boy-1484.html

 Well, mommies out there, enjoy this life & love your baby to the fullest!!!! I sayang my baby Amani Sofea sangat2!!!!!!!!!!!muah2!!!!

p/s: KSaje2 nk counter balik video yang pasal mak yang dera anak umur setahun lebih yang tengah hangat kat FB skrg ni..eiii.. geram tgk. kesian budak tu...Moga2 kita semua yang dah jadi mak2 nih takda la jadi macam tu.. Semoga Allah pelihara keluarga kita semua. Amin..

♥Love,♥ 
Cindellyna

Friday, April 6, 2012

Bukan rezekiku..... (backdated entry after sebulan tak berblog)

bawak g makan kat kedai kwn husband,Sempoi Coffee, Bangi

Assalamualaikum sume..!

Alhamdulillah... i am recovering at home now.. since i had miscarriage on 16 March, Friday, (some yg ada my FB sure dah tau) i've been given MC for the whole week.. itulah sebab sy tak banyak online lately.. silently recovering at home. alone. without my beloved husband yg kene pergi outstation lagi ke Sabah seminggu masa minggu yg keguguran tu.. huhu.

Sedih?

At first sy mmg sedih.. since dapat tau keguguran when i went for 3D scan on Saturday, 10 March after engagement kawan my husband.. we went there kat klinik my cuzin sebab ingat nk confirmkan EDD sbb i tak confirm bila my last period... masa tu rasanya saya dalam 9 weeks preggy.. but bila scan je my cuzin scan dia kate i suspected miscarry.. then dia tulis la referral letter to hospital Putrajaya. Nk detail scan kot bawah & nk confirmkan yg i had miscarriage..

So, when Monday comes, sy pun pergi lah hospital putrajaya.. ke EPAU (Early Pregnancy Test Unit). Betul2 dekat dengan kaunter dekat Dewan Bersalin tu.. then, bila scan ikut atas, doktor kata mmg tak nampak sangt. then scan ikut bawah. dia masukkan scanner yg panjang. macam buat pap smear pun ada... then doktor confirmkan yg my baby dah collapse.

" Puan, rasanya baby puan dah collapse nih.. mmg confirm tak jadi ni.."

Doktor kata kalau betul2 jadi dia akan terbentuk dengan cantik. bulat je bentuk dia.. yg saya macam leper skit. then ada ketulan2 darah yg pecah2....

Mungkin bukan rezeki lagi kali ini...

Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Tapi sy terima dengan redha berita ini...

Kali nih sy tak menangis pun. Sebab husband kata mmg confirm gugur tp my cuzin taknak bitau direct so dia kate pergi followup checkup dengan hospital putrajaya sebab nk confirmkan..

Ok lah, then doktor bagi 2 weeks time. Doktor cakap kalau tak kuar secara natural " natural abortion" datang balik after 2 weeks. We might have to induce u & buat D&C (Dilation & curretage) untuk removekan apa2 yg tertinggal di rahim.. so, saya pun balik ke office. kerja macam biasa sampailah hari Khamis last week...

Tengahari Khamis (a week after checkup dengan doktor) dah perasan ada titik2 darah yg keluar. Ya Allah, mungkin masanya sudah sampai. tapi sy tahan tak nak pergi hospital sampai malam. After habis kerja sy terus msg husband

" Awak, saya dah keluar darah nih... tpi tak banyak lagi. sy nk tunggu dlu k"

Tapi saya degil. sy kata kat husband nk tunggu for "natural abortion". Sy nk dia kuar sendiri. taknak kene D&C. So, malam tu tahan je la sakit... sakit dia macam light contractio n. light period pain. Then, Subuh2 Jumaat tu bangun tgk darah dah banyak.. bila masuk toilet je tiba2 dia keluar sendiri.. blupp bunyinya. jatuh dalam tandas.. sy pun panggil husband kata jum pergi hospital cepat2. Amani yg masih tido pun angkut sekali pergi hospital.

I remember doktor kata nanti bawak yg dah keluar tu since dia nk check dah complete keluar semua ke tak.. so, saya balut apa yg dah kuar tu bawak g jumpa doktor..

muka penat tunggu mama kena scan

Pergi hospital doktor kata dah complete kuar sume.. so takyah warded & takyah D&C. Alhamdulillah... syukur. takyah stay kat hospital. Doktor bagi MC for the whole week (8 days) & bagi painkiller & antibiotik sekali... & jugak kene inject kat peha untuk kecutkan rahim. itu paling sakit! injection tu! panjang gile jarum dia..!! hu..... sepanjang jumaat tu saya muntah2... tak lalu makan. peha & perut sakit. malam tu cramp kaki.

Tapi Alhamdulillah, my FIL datang immediately bila husband bitau pagi Jumaat tu saya dah start bleeding. my mother & father in law from perak terus datang. sampai around 11 am & tlg jagakan amani sebab sy tak habis chekup lagi.

Then sepanjang weekend tulah my FIL tlg jaga saya.. terima kasih mak, ayah... tapi Monday tu husband kene g Sabah, outstation, tinggal sy berdua je dengan Amani. my parents plak at that time pergi umrah. then i sempat msg bitau yg sy dah keguguran..so, berpantang di rumah la dengan Amani. huhu.

Well, minggu nih baru masuk office. After 2 weeks of break. Alhamdulillah. i feel much better now. lepas berurut skit, kaki sudah tak cramp lagi. bidan tu kata sebab ada urat2 peranakan terseliuh skit.

uhh well. nampaknya rezekiku nk pergi DPA kali ni. As in my previous entry, I am going for a 6 months courses after this. perhaps bulan june nih start. Amani akan di hntar balik kampung di Kelantan. duk dengan tok ma & tok abah.

Bukan rezeki Amani untuk dapat adik kali ni.. InsyaAllah tahun depan ye sayang mama bagi adik! love u sooo much!!!

p/s: Kesian my little princess jatuh kat rumah pengasuh semalam. berderai air mataku bila amek amani smlm. lebam2 kat dahi & atas bibir. bibir plak berdarah skit.. mama Amani nih sampai malm takleh tido sebab sdih sangat.... huuu... sabar jela. 7 minggu lagi nk hntar Amani balik Kelantan. biar tok ma & tok abah jaga. takda risau sangat... nanti sy post gambar dia k.

♥Love,♥
Cindellyna